Bajet 2023: Tengku Zafrul ke Parlimen

in Berita Semasa by
BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru turun daripada pejabatnya memegang erat sebuah beg sampul hitam dengan corak tenunan Perak dipercayai mengandungi teks ucapan Bajet 2023.

Ini merupakan kali ketiga Datuk Seri Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3JOv01i

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa