[VIDEO] Sah bentang Bajet 2023 petang ini

in Nasional by

Khairy menunjukkan tanda bagus ketika meninggalkan bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada tengah hari Jumaat.

PUTRAJAYA – Bajet 2023 sah dibentangkan seperti dijadualkan jam 4 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada pemberita selepas mesyuarat kabinet.

“Bajet? Iya. Belanjawan petang ni,” katanya.

Mesyuarat kabinet berlangsung jam 10 pagi dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Kenderaan yang membawa menteri kabinet meninggalkan bangunan Perdana Putra jam 12.15 tengah hari.