Felda Chiku 2 Gua Musang dilanda banjir kilat

in Edisi by

Hujan lebat sejak Jumaat menyebabkan kawasan Felda Chiku 2, Gua Musang ditenggelami banjir kilat.

GUA MUSANG – Hujan lebat sejak Jumaat menyebabkan kawasan Felda Chiku 2, di sini ditenggelami banjir kilat.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Chiku 2.

Menerusi perkongsian itu, SK Sri Chiku 2 dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir sementara menunggu air surut.