Bina masjid untuk kemudahan penduduk

in Edisi Kelantan by

Tapak tanah yang disediakan untuk pembinaan Masjid IBDM Abbas yang baharu

KOTA BHARU – Berjalan sejauh 2.5 kilometer setiap hari tidak menjadi penghalang kepada penduduk Kampung Jejulok, Simpangan, Tumpat, Kelantan untuk solat berjemaah di masjid.

Justeru, sebuah masjid dinamakan Masjid Ibnu Abbas bernilai RM6 juta akan dibina di kampung tersebut di atas tanah seluas 0.4 hektar.

Pengerusi masjid, Ghazali Isa yang dikenali sebagai Pak Nuh berkata, ada penduduk yang terpaksa berjalan kaki kerana tiada kenderaan. Itulah antara faktor untuk mereka membina masjid baharu.

“Jarak itu mungkin dekat bagi mereka yang mempunyai kenderaan tetapi kita mahu beri peluang kepada jemaah yang berbasikal dan berjalan kaki untuk sentiasa berjemaah di masjid,” katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Katanya, usaha itu juga dilakukan untuk memudahkan warga emas yang mahu ke masjid.

Pak Nuh berharap orang ramai dapat membantu merealisasikan hasrat penduduk dengan menyumbang dan berwakaf untuk pembinaan masjid baharu.

“Orang ramai boleh berwakaf secara terus ke akaun Bank Simpanan Nasional di nombor 0301-7410-0009-0870 atas nama Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jejulok atau secara online di laman web www.masjidIbnAbbas.org.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pak Nuh di talian 019-9548 345 untuk pertanyaan lanjut,” katanya.