Bubar atau tidak?

in Nasional by

Laporan muka depan Sinar Harian.

SHAH ALAM – Minggu ini menjadi detik mendebarkan kepada rakyat Malaysia apabila teka-teki mengenai sama ada pembubaran Parlimen akan berlaku dalam masa terdekat dijangka diketahui dalam beberapa hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi yang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan membuat pengumuman pembubaran Parlimen pada Jumaat selepas pembentangan Bajet 2023.

Bagaimanapun, ada pula pihak yang memaklumkan pengumuman pembubaran mungkin dibuat pada minggu pertama selepas belanjawan atau lebih tepat lagi minggu ini.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, apabila beberapa pegawai lantikan politik di pejabat beberapa menteri sejak Rabu lepas sudah pun mula mengosongkan pejabat masing-masing.

Baca laporan penuh berita ini di Sinar Premium.