Putin kecam serangan terhadap Jambatan Crimea

in Global by

Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Putin – Foto CNN
MOSCOW – Presiden Vladimir Putin pada Ahad mendakwa letupan di Jambatan Crimea berpunca daripada serangan pengganas yang bertujuan memusnahkan infrastruktur awam penting di Rusia.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Pengerusi Jawatankuasa Penyiasatan Rusia Alexander Bastrykin.

Bastrykin turut mengesahkan dakwaan Putin itu sambil berkata, rakyat Rusia dan negara asing turut terlibat dalam insiden itu, lapor Xinhua.

“Kami telah menjejaki sejarah laluan trak yang meletup. Ia telah merentasi Bulgaria, Georgia, Armenia, Ossetia Utara, dan Wilayah Krasnodar.

“Kami juga telah mengenal pasti dalangnya dengan bantuan ejen FSB (Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan…,” katanya.

Pada Sabtu sebuah trak meletup di Jambatan Crimea hingga menyebabkan tujuh tangki minyak kereta api terbakar.

Tiga orang terbunuh dalam kejadian itu manakala sebahagian struktur jambatan turut runtuh. – Bernama