My #QuranTime Plus platform pengenalan My #QuranTime 2.0

in WacanaQuran by

Program My #QuranTime Plus bersama Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhas (WUI), Fazrul Ismail (kiri) dan Qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHIDAntara peserta yang menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHIDSeramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu. – Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM – Enam episod Program My #QuranTime Plus yang bermula pada Rabu menjadi platform pengenalan menjelang Program My #QuranTime 2.0 pada 1 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, Program #QuranTime Plus akan bersiaran selama enam minggu.

Menurutnya, para peserta boleh mengikutinya sama ada menerusi dalam talian iaitu siaran langsung di platform digital Facebook My#QuranTimeOfficial atau secara fizikal di Auditorium Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

“My #QuranTime Plus sebagai makmal bagi pengenalan My #QuranTime 2.0.

“Program My #QuranTime Plus bersiaran setiap hari Rabu bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya kepada Sinar Harian sempena episod pertama My #QuranTime Plus di sini pada Rabu.

Seramai 50 peserta menghadiri My #QuranTime Plus bagi episod pertama.

**media[1950128]**

My #QuranTime 2.0 dijangka bersiaran sebanyak 1,864 episod bermula 1 Disember depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan WUIF, Fazrul Ismail berkata, My #QuranTime Plus sebagai satu anjakan daripada My #QuranTime 1.0 lalu.

“Kita sasarkan peserta boleh baca dengan bagus, kita hafal dalam solat kita agar kita dapat ulang.

“Bila kita ulang, nilai itu bukan sekadar dalam solat bila kita tadabbur secara ringkas, tapi kita hafal juga di luar solat,” katanya.

Penyertaan orang ramai yang berminat menjadi penonton studio bagi siaran langsung My #QuranTime Plus adalah dialu-alukan.

Pendaftaran boleh dibuat di: https://bit.ly/MQTPLUS.

**media[1950127]**