Isu royalti penggiat filem perlu dilihat semula: PM

in Nasional by

Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu supaya isu pembayaran royalti bagi mereka yang bergiat dalam industri perfileman dilihat semula.

Perdana menteri berkata, isu berkenaan sebelum ini pernah dibincangkan sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Malah katanya, sewaktu tempoh sama Akta Hak Cipta telah berjaya dipinda bagi memberi royalti kepada penyanyi dan komposer.

“Jadi waktu saya itu, kita baru bermula…saya harap perkara ini boleh dilihat kembali bagi kita jaga kepentingan pelakon-pelakon, penerbit-penerbit, pengarah-pengarah dan sesiapa sahaja terlibat dalam aktiviti perfileman.

“Insya-Allah saya sebagai perdana menteri mungkin tak sempat untuk saya sendiri lakukannya, tetapi asas saya sudah letakkan, mungkin kita bagi Tan Sri Annuar Musa sendiri (Menteri Komunikasi dan Multimedia) untuk melihat perkara ini,” katanya dalam ucapan penutupan Program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia (Ekspresi@Finas) di sini, hari ini.

AKAN MENYUSUL