Calon PKR di Negeri Sembilan belum muktamad: Aminuddin

in Video by
BERITA SEMASA 25 OKTOBER 2022

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan calon PKR bagi tiga kerusi Parlimen di Negeri Sembilan pada PRU15 masih belum dimuktamadkan.

Menurutnya, calon di tiga kerusi berkenaan iaitu Parlimen Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat ini.

Sebagai rekod, pada PRU15 kali ini, PH Negeri Sembilan telah menetapkan pembahagian kerusi Parlimen iaitu tiga untuk PKR, tiga untuk Amanah dan dua untuk DAP.

Artikel: https://bit.ly/3VZQY7f

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa