Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal

in Nasional by

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Oktober hingga 2 November ini.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Oktober hingga 2 November 2022.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter.

Menurut kementerian itu, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kementerian itu. – Bernama