Kecederaan Haaland cetus kegusaran

in Sukan by

Haaland mengalami kecederaan ketika aksi Liga Juara-Juara pada Rabu. – Foto Agensi

STATUS kecederaan pemain sensasi Manchester City, Erling Haaland mencetuskan tanda tanya buat kem The Citizens.

Pemain berusia 22 tahun itu mungkin terlepas aksi hujung minggu ini menentang Leicester dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Haaland mengalami kecederaan ketika menentang Borrusia Dortmund di tempat lawan dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu.

Pemain Norway tersebut dikeluarkan selepas bersambung babak kedua ketika City terikat tanpa jaringan menentang bekas kelabnya itu.

Pengurus City, Pep Guardiola tidak pasti keadaan kecederaan Haaland dan akan melihat tahap kecergasan pemain itu.

“Hari ini kami sangat letih. Erling Haaland mengalami kecederaan namun dia boleh berlari seperti biasa.

“Kita akan lihat bagaimana keadaannya selepas ini,” ujar Guardiola.

Ketiadaan Haaland, menyaksikan Riyad Mahrez diberi tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti pada babak kedua.

Bagaimanapun rembatannya diselamatkan penjaga gol, Gregor Kobel untuk membantu Dortmund melangkah ke pusingan kalah mati.

The Citizens yang mara ke pusingan 16 akhir sebagai juara Kumpulan G akan berkunjung ke Leicester Sabtu ini.