Kompleks Media City kini dikenali Angkasapuri Kota Media

in Nasional by

Ismail Sabri tiba pada majlis perasmian Bangunan Media City di Auditorium Sri Angkasa, Kompleks Angkasapuri pada Rabu. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu merasmikan kompleks bangunan baharu Media City serta mengumumkan nama baharunya sebagai Angkasapuri Kota Media.

Pada perasmian itu, Ismail Sabri turut memasyhurkan nama-nama jalan di sekitar kompleks itu sebagai Jalan Penyiaran, Jalan Lensa, Jalan Frekuensi serta Bulatan Simfoni.

“Media City pada masa hadapan, akan terus dibangunkan untuk menjadi pusat penyiaran negara dengan penyertaan dan kehadiran pelbagai penyiar tempatan di kompleks ini, sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di Media City di Dubai, UAE; Manchester, Singapura dan Sydney,” kata beliau ketika berucap merasmikan kompleks tersebut di sini pada Rabu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Mohammad Mentek.

Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin.

LAGI MENYUSUL