Nahas helikopter: 3 mangsa berjaya turun

in Video by

BERITA SEMASA 26 OKTOBER 2022

Tiga mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi nahas helikopter terhempas di kawasan hutan berhampiran Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu.

Mangsa pertama yang dipercayai juruterbang helikopter dibawa keluar kira-kira jam 5.30 petang diikuti mangsa kedua seorang wanita merupakan doktor perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, kira-kira jam 6.16 petang.

Kira-kira jam 6.34 petang, mangsa ketiga seorang lelaki dipapah keluar oleh anggota penyelamat bagi mendapatkan rawatan awal di kebun sayur berhampiran.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Artikel: https://bit.ly/3Da5BMS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa