PRU15: Pas tampil dua calon wanita di Kelantan

in Politik by

Takiyuddin (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis penutup Pertandingan Bola Keranjang 3 lawan 3 di Jalan Gok Kapor, Kota Bharu pada Jumaat. – Foto Bernama

KOTA BHARU – Pas akan menampilkan dua calon wanita di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding hanya seorang pada pilihan raya lepas, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada PRU14, Pas Kelantan hanya memiliki seorang calon wanita iaitu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang mewakili Parlimen Rantau Panjang.

“Ada pertambahan satu kerusi Parlimen yang menonjolkan calon wanita dan perkembangan ini menjadikan dua daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan bakal ditandingi calon wanita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Persatuan Bola Keranjang Kelantan, di sini pada Jumaat.

Perikatan Nasional (PN) Kelantan akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada 3 November. – Bernama