Misteri bunyi 'blip' berhampiran bangkai Titanic terungkai

in Global by

Satu rakaman video baru-baru ini menunjukkan ekosistem yang terdapat dalam laut berdekatan kapal Titanic yang karam pada tahun 1912. – Foto OceanGate Expedition

NEWFOUNDLAND – Para penyelam OceanGate baru-baru ini berjaya menyelesaikan misteri bunyi sonar ‘blip’ yang didengari buat pertama kali pada tahun 1998 berhampiran bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara setelah ia karam pada tahun 1912.

Pada tahun itu, para penyelam yang menyelam menyangka ia merupakan penghantaran sonar di Lautan Atlantik Utara dari sebuah kapal karam yang kedua, ciri-ciri geologi atau disebabkan oleh sesuatu yang lain.

Ketika itu, seorang penyelam, Paul Henry Nargeolet merekodkan ‘blip’ sonar misteri berhampiran dengan lokasi bangkai kapal tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa sonar itu mungkin petunjuk bahawa terdapat sebuah lagi kapal karam.

Namun, 24 tahun kemudian, para penyelidik mendapati bahawa ‘blip’ itu disebabkan oleh ekosistem bawah laut yang kaya dengan binatang laut, karang, udang galah dan ikan.

Satu rakaman video menunjukkan persekitaran yang mengagumkan telah ditemui iaitu pada kedalaman lebih daripada 2,900 meter di luar pantai Newfoundland, Kanada.

Misteri itu berjaya diselesaikan berikutan ekspedisi baharu yang dilakukan oleh OceanGate Expeditions pada musim panas lalu ke bangkai kapal mewah tersebut.

Kapal Titanic karam pada 15 April 1912 selepas berlanggar dengan bongkah ais sehingga menyebabkan lebih 1,400 orang terbunuh.

Menurut OceanGate Expeditions, penghantaran sonar pada tahun 1998 adalah sangat mirip dengan Titanic tetapi ia bukannya petunjuk bahawa terdapat kapal karam tetapi berpunca daripada ekosistem pada pembentukan basalt yang tidak diketahui sebelum ini.

Penemuan tersebut akan meningkatkan cara kita berfikir tentang biodiversiti, kata Dr Steve W Ross, iaitu Ketua Saintis OceanGate Expeditions. – Agensi