PN Pahang umum calon minggu depan

in Politik by

Saifuddin

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selewatnya Khamis depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan tempat yang akan diumumkan itu.

“Pengumuman calon PN Pahang akan dibuat pada minggu depan, beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, jumlah kerusi bertanding bagi semua calon PN sudah diketahui, namun perlu menunggu pengesahan daripada Majlis Tertinggi PN.

“Saya difahamkan sehari dua ini kita boleh tahu,” ujar beliau secara ringkas.

Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan Pas (lapan).