Kaji semula IPG, pekebun kecil lega

in Edisi Pahang by

Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama sebahagian wakil penerima sumbangan, penerima anugerah dan hadirin yang hadir pada Program Pekebun Kecil Makmur di Kampung Batu Papan hari ini. Foto BernamaFazidahSemanShahril

BERA – Pekebun kecil di sini menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk mengkaji semula Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Ismail Sabri berkata sedemikian ketika Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di Padang Awam Kampung Batu Papan di sini pada Ahad jika diberikan peluang untuk memerintah kembali kerajaan kelak.

Bagi Shahril Jamin,36, dari Bukit Gemuruh di sini bersyukur dengan pengumuman tersebut dan berharap perkara tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

**media[1962630]**

“Memang itu yang kita sangat harapkan dengan kenaikan kos sara hidup yabg kian meningkat, kenaikan kadar IPG amat diharapkan oleh pekebun kecil seperti saya,” kata Shahril.

Turut gembira dengan situasi tersebut, Seman Awang, 66, dari Kampung Datuk Seri Hamzah, yang menyifatkan kenaikan IPG membantu pekebun kecil khususnya yang bergantung harap kepada hasil kebun masing-masing.

**media[1962629]**

“Selain itu, saya berharap kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) turut dinaikkan kerana bila musim tengkujuh, pendapatan pekebun atau penoreh sangat terjejas.

“Dengan kenaikan pelbagai kos seperti baja,racun, pekerja, pekebun kecil sangat terhimpit dan perlukan perhatian juga daripada pihak kerajaan,” tambah Seman.

Sementara itu, Fazidah Idris, 57, dari Kampung Awah, Maran berharap janji-janji yang diumumkan dapat direalisasikan sekali gus dapat meringankan beban pekebun kecil di negara ini.

**media[1962628]**