Lima perkara utama perlu diselesaikan

in Nasional by

Dari kiri: Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Kuik Cheng Kang; Pengarah Akademik Huayan, Profesor Madya Dr Chang Yun Fah; Ketua Pegawai Pengisian The Star, Esther Ng dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Rahman ketika pembentangan hasil kaji selidik.Lima isu paling penting bagi pengundi PRU15Ketua penyelidikan Ilham Center, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim membentangkan hasil dapatan kaji selidik yang dijalankan semalam dua bulan.Laporan muka depan Sinar Ahad

BERMULA 19 September lalu, kolaborasi lima media pelbagai bahasa iaitu Sinar Harian, Astro Awani, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban mengambil inisiatif mengadakan Kaji Selidik Suara Rakyat Malaysia Menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kaji selidik mega yang berakhir 9 Oktober lalu telah mendapat kerjasama tiga firma penyelidikan iaitu Ilham Centre, O2 Research Malaysia (O2) dan Huayan Policy Institute Centre for Malaysia Chinese Studies (Huayan).

Setiap firma penyelidikan ini menjalankan kaji selidik dengan metodologi sendiri seperti yang dipersetujui bersama; antaranya termasuklah kajian secara bersemuka dan dalam talian.

Kajian ini secara keseluruhannya melibatkan seramai 5,081 orang responden.

Hasil kajian ini akan dibentang kepada pembaca melalui tiga peringkat bermula hari ini, yang memfokuskan kepada kehendak rakyat.

**media[1962143]**

SHAH ALAM – Kos sara hidup dan harga barang, memulihkan kembali ekonomi negara, soal pendidikan serta kestabilan politik adalah perkara utama yang perlu diselesaikan pemimpin negara.

Itu jawapan kepada persoalan apa yang rakyat mahukan melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan kaji selidik secara bersemuka dan dalam talian.

Kajian mega ini dilakukan tiga firma penyelidikan iaitu Ilham Centre, O2 Research Malaysia (O2) dan Huayan Policy Institute Centre for Malaysia Chinese Studies (Huayan).

Penyelidik Ilham Centre diketuai Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisommudin Bakar bersama ketua operasi, Mohd Azlan Zainal dan ketua penyelidikan, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim serta ketua analitik, Mohd Jalaluddin Hashi.

Kajian lapangan Ilham Centre dilakukan selama dua bulan pada Ogos dan September lalu secara temu bual bersemuka melibatkan 1,622 responden mengikut pelbagai latar belakang, kaum, jantina, tahap pendidikan dan ekonomi di seluruh negara.Kajian mendapati sebanyak 44 peratus responden menyatakan bahawa memulih dan meningkatkan kembali ekonomi negara perlu diberikan keutamaan oleh mana-mana parti yang membentuk kerajaan selepas PRU15.

Sebanyak 35 peratus responden mahu kerajaan mengutamakan usaha membasmi kemiskinan dan menangani kos sara hidup rakyat, manakala lapan peratus memilih keutamaan membersihkan kerajaan daripada budaya rasuah.

Selain itu, tujuh peratus responden mahu supaya janji-janji manifesto ditunaikan, selain merapatkan jurang antara kaum (tiga peratus) serta mereformasikan institusi dan urus tadbir kerajaan (satu peratus).

Sementara itu, hasil kaji selidik O2 pula melibatkan seramai 1,105 responden.

Kaji selidik melibatkan responden pelbagai kaum di kawasan bandar dan luar bandar seluruh negara dengan memilih lima daripada 16 perkara yang diajukan dalam soalan mengenai isu paling penting untuk diselesaikan pemimpin negara.

**media[1962142]**

Lebih daripada separuh iaitu 57 peratus menekankan soal kos sara hidup dan harga barang, manakala 49 peratus berharap soal peluang pekerjaan serta kadar gaji diberi perhatian.Kira-kira 46 peratus responden juga memilih isu pendidikan, selain kestabilan politik (44 peratus) dan kadar mata wang serta hutang negara (41 peratus).

Pengundi Cina

Tinjauan Huayan pula dijalankan melalui dua kaedah kajian iaitu secara semuka melibatkan 293 responden berbangsa Cina daripada tiga lokasi iaitu di kerusi Pakatan Harapan (PH) Bukit Gelugor, BN Ayer Hitam dan Perikatan Nasional (PN) Sungai Besar.

Kajian dalam talian pula melibatkan semua bangsa dan lokasi dengan hanya 2,061 responden Cina dianalisis serta terdapat 51 responden bukan Cina.

Lima isu utama menjadi keutamaan mereka ialah kos sara hidup dan harga barang 78.6 peratus, selain pendidikan (75.1 peratus), kestabilan politik (72.9 peratus), hubungan antara kaum (72.5 peratus) dan hutang negara (68.6 peratus).

**media[1962145]**