Tottenham bangkit lebih padu di Bournemouth

in Sukan by

Ben Davies (kanan) meraikan jaringan Bentancur ketika aksi Bournemouth menentang Tottenham di Stadium Vitality. FOTO: AFP

TOTTENHAM Hotspur meraih kemenangan menakjubkan 3-2 di Bournemouth apabila bangkit dari ketinggalan dua gol apabila Rodrigo Bentancur menghadiahkan tiga mata penting buat kelab London tersebut pada Sabtu.

Skuad Antonio Conte hampir menyaksikan kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris selepas dua gol Kieffer Moore (22’) dan (49′).

Tampil ke Stadium Vitality dengan merehatkan beberapa tonggak utama menjelang aksi Liga Juara-Juara berdepan Marseille minggu depan, Bournemouth mengambil kesempatan sepenuhnya sepanjang 49 minit pertama.

Namun tiga gol yang hadir menerusi Ryan Sessegnon (57’), Ben Davies (73’) dan Bentancur (92’) membolehkan Tottenham melakar kemenangan kelapan selepas mengharungi 13 perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Tottenham kekal di tempat ketiga dengan 26 mata daripada 13 perlawanan dengan Bournemouth dengan 13 mata.