PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

November 2022

Brazil pertaruh skuad kedua berdepan Cameroon

in Sukan by

TITE FOTO: EPA

BRAZIL satu daripada tiga pasukan yang menempah tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 dengan baki satu perlawanan terakhir Kumpulan G berdepan Cameroon pada Sabtu.

Kemenangan 1-0 skuad kendalian Tite ke atas Switzerland di Stadium 974, Ras Abu Aboud bermakna pasukan pilihan itu turun tanpa tekanan dalam perlawanan akhir, walaupun masih perlu memastikan tempat teratas.

Mereka menentang Cameroon, yang memerlukan kemenangan untuk melayakkan diri, namun mampu untuk mengenepikan beberapa pemain utama menjelang pusingan 16 terakhir.

Brazil tiba di Qatar sebagai pilihan untuk menjulang Piala Dunia Qatar 2022 dengan skuad yang dibarisi pemain berstatus bintang yang berpengalaman beraksi di pentas kompetitif Eropah.

Walaupun Neymar mengalami kecederaan, Tite masih boleh menamakan kesebelasan utama yang mengagumkan bagi misi mengekalkan rentak kemenangan.

Seandainya dia memutuskan untuk menukar keseluruhan barisan para pemain, ia tidak mungkin akan menjejaskan momentum pasukan Amerika Selatan tersebut.

Sebelum ini, Brazil sudah pun terpaksa berhadapan perlawanan berintensi tinggi tanpa Neymar, yang sedang berjuang untuk kembali cergas sepenuhnya menjelang peringkat kalah mati.

Namun begitu, skuad kedua Brazil dijangka sudah bersedia menggalas tanggungjawab pasukan pertama apabila diturunkan berdepan jagoan Afrika tersebut.

Ederson dari Manchester City bersedia untuk bermula di gawang mendahului pemain Liverpool, Alisson, dengan perdebatan mengenai siapa yang lebih baik terus bergelora.

Eder Militao, yang juga pemenang Liga Juara-Juara, akan memimpin barisan pertahanan bersama Gleison Bremer, yang berpindah dari Torino ke Juventus pada musim panas.

Dani Alves telah mengumpul lebih 100 kaps dan mempunyai banyak pengalaman dan akan menyertai barisan pemain, dengan Alex Telles melengkapkan empat bek.

Bruno Guimaraes yang mendapat penilaian tinggi hanya muncul dari bangku simpanan setakat ini di Piala Dunia ini.

Pemain tengah Newcastle itu menjadi sensasi dalam Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Magpies hanya setahun lalu dan sudah pun dikaitkan dengan pemain seperti Real Madrid.

Bintang Los Blancos, Rodrygo, yang telah menjaringkan tujuh gol musim ini, akan menggantikan rakan sepasukan kelab Vinicius Junior.

Gandingan Arsenal, Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli sangat penting untuk memburu kejuaraan The Gunners dan penuh keyakinan.

Antony, yang menjadi pemain kedua termahal Manchester United dalam sejarah musim panas ini, akan melengkapkan serangan itu.

Pemimpin jangan pengaruhi rakyat isu perkauman

in Khas by

Dari kiri: Fatin Hamimah, Syaza Farhana dan Marwan Bukhari dalam Kompas Rasuah Busters ‘Awas perangkap hasutan’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIBSyaza Farhana Mohamad Shukri. FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Pemimpin politik tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman bagi mengelak ia terus mempengaruhi masyarakat.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Syaza Farhana Mohamad Shukri berkata, jika pemimpin politik terus memainkan isu perkauman, ia akan meruntuhkan Kerajaan Perpaduan yang bakal dibina.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah menjelaskan kerajaan yang akan dibentuknya akan terus memelihara hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

“Ahli politik semua dah tahu kalau mereka ada aspirasi nak pimpin negara ini mereka tidak sentuh tiga perkara tadi tapi ada pula yang cakap macam-macam kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan sisihkn orang Melayu dan Islam, ini tidak betul,” katanya dalam program Kompas Rasuah Busters ‘Awas perangkap hasutan’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

**media[2006230]**

Turut menjadi panelis, penulis dan penterjemah, Marwan Bukhari A Hamid dengan program dihoskan oleh Fatin Hamimah Yusof.

Menurutnya, Malaysia kini berada dalam fasa baharu demokrasi.

“Kalau negara barat setiap lima, enam tahun mereka dah biasa bertukar kerajaan.

“Sudah 60 tahun kita ada satu gabungan yang kuat memerintah dan tak pernah ada keperluan untuk Barisan Nasional (BN) betul-betul bertolak ansur dan berbincang dengan pihak lawan kerana mereka menguasai Parlimen untuk sekian lamanya,” katanya.

Jelasnya, perubahan ini bermula secara beransur sejak tahun 2008, apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bekerjasama dengan parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

“Jadi ini kematangan politik yang kita cuba nak rasa jadi pada ketika inilah ahli-ahli politik dan pemimpin perlu ambil peluang untuk pupuk semangat kebersamaan.

“Sewaktu berkempen semua parti cuba mempengaruhi untuk mendapatkan undi dan bezanya sekarang semua parti politik kena duduk berbincang bagaimana untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia.

“Memang agak sukar kerana mempunyai masing-masing mempunyai idelogi berbeza. Sukar ini perlu ambil masa sebab ada banyak parti dan kena ambil pandangan setiap pihak.

“Kita mahu pemimpin yang bertolak ansur sebab Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum. K ita mahu semua idea yang ada diambil kira dan dasar baharu yang diputuskan kerajaan nanti adalah paling terbaik dan diterima majoriti rakyat,” ujarnya.

1 2 3 1,078
Kembali UTAMA