PRU15:' Kipidap, don't give up' slogan Rani Kulup

in Berita Semasa by

BERITA SEMASA 5 NOVEMBER 2022 Laungan ‘kipidap, don’t give up’ mengiringi aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah yang berarak ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Aktivis sosial berusia 67 tahun itu hadir dengan memakai baju ala pahlawan Melayu berwarna merah dan tiba jam 8.50 pagi dengan ditemani sekitar 50 orang penyokong. Seorang penyokongnya menjerit kepada media yang Abdul Rani yang lebih mesra dengan panggilan ayah sudah menang di media sosial. Artikel #BeritaSemasa #SinarHarian