Bahan kempen PH dirosakkan

in Politik by

Yu Man (dua dari kanan) menunjukkan bahan kempen PH yang didakwa dirosakkan individu tidak dikenali.Antara bahan kempen PH yang didakwa dirosakkan oleh individu tidak dikenali.

BERA – Baru dua hari kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijalankan sudah ada insiden bahan kempen parti didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Di Bera, insiden tersebut dikesan berlaku dekat simpang masuk bandar Triang berhampiran lampu isyarat di sini.

Kejadian itu dimuat naik dalam siaran langsung oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang, Leong Yu Man di Facebook miliknya pada Ahad.

Dalam siaran langsung berdurasi 4.13 minit tersebut, calon DUN daripada Pakatan Harapan (PH) itu kesal selepas bahan kempen parti tersebut dipercayai dirosakkan yang didakwa dilakukan oleh individu tidak dikenali.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden tersebut.

“Saya telah menerima laporan bahawa bendera, sepanduk, poster dan bendera dirosakkan oleh individu tidak dikenali.

“Saya merasa sedih dan sepatutnya kempen PRU di mana kita bersaing secara aman dan adil.

“Saya mengecam pihak-pihak yang membuat kerosakan pada bahan kempen dan kita pembangkang, dana kempen dikutip daripada dana masyarakat, tiada peruntukan pihak kerajaan atau pihak atasan,” kata beliau.

**media[1972908]**

Dalam siaran langsung itu juga, Yu Man berharap insiden terbabit dihentikan supaya kempen PRU berlangsung secara bersih dan adil serta bersaing secara saksama.

“Kita akan ambil tindakan dan membuat laporan polis… harap tindakan sebegini ini tidak berulang,” tambah Yu Man.