Isteri bantu 200 peratus kempen Ahmad Idham

in Edisi by

Jameah (empat dari kanan) akan membantu 200 peratus kempen suaminya sepanjang kempen PRU15.Jameah menjadi tulang belakang Ahmad Idham

PORT DICKSON – Isteri kepada calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), pelakon dan Pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan membantu 200 peratus kempen suaminya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Jameah Abdul Aziz, 46, keseriusan suaminya untuk berkhidmat kepada masyarakat Port Dickson membuatkan dia sendiri terharu.

“Sebagai isteri, saya akan membantu segala aktiviti kempen suami 200 peratus dan saya juga sudah mula selesa berada di sini (Port Dickson).

“Saya nampak kesungguhannya dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama anak-anak istimewa,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

**media[1971901]**

Malah beliau juga tidak terkesan dengan komen-komen netizen yang mengkritik pembabitan suaminya dalam pilihan raya kali ini.

Baginya, sesiapa saja berhak untuk bersuara dan pandangan mereka juga perlu diambil kira, namun ia tidak sesekali melemahkan semangat Ahmad Idham

“Saya tidak nafikan yang orang masih melihat dia sebagai orang industri seni tapi sebenarnya bukan 100 peratus penglibatannya dalam bidang itu semata-mata.

“Ahmad Idham juga pernah berkhidmat dalam kerajaan dan dia merupakan pengasas kepada pendidikan khas.

“Malah kami sendiri ada sekolah untuk anak-anak istimewa,” katanya.