PN nilai semula pengeluaran KWSP bersasar

in Politik by

Muhyiddin menunjukkan kertas manifesto PN ketika hadir pada Majlis Pelancaran Tawaran PN Best di sebuah hotel malam ini. – Foto Bernama

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan akan menilai semula pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dinilai berdasarkan jumlah baki simpanan pencarum yang memohon untuk lakukan pengeluaran berkenaan.

“Baru-baru ini saya ada mengeluarkan video menerusi Tiktok dan antara perkara berbangkit minta saya benarkan sekali lagi pengeluaran KWSP.

“InsyaALLAH, bila kita menang (PRU15) antara perkara akan lihat semula adalah (pengeluaran) KWSP bersasar.

“Kalau kita lihat sebelum ini dah benarkan beberapa kali pengeluaran (contohnya) i-Sinar dan i-Lestari yang pada mulanya agak sukar tapi selepas itu dipersetujui,” katanya ketika Sesi Townhall PN selepas Majlis Pelancaran Tawaran PN (PN BEST) pada Ahad.

AKAN MENYUSUL