Sedia perangi rasuah melalui kempen

in Video by

BERITA SEMASA 6 NOVEMBER 2022

Calon PN Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan calon PN Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersedia bekerjasama memerangi rasuah sepanjang kempen PRU15

Wan Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu itu bersedia menduduki Rasuah Busters (RB) Taq untuk membuktikan komitmen integriti dan meningkatkan keyakinan rakyat.

Sementara itu, Tuan Ibrahim memberitahu, pelan pembangunan di Kubang Kerian sebagai bandar diraja antara perkara utama beliau.

Justeru, beliau memberi keyakinan kepada rakyat bahawa usaha tanpa rasuah juga berhasil berdasarkan kejayaan sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air sebelum ini.

Calon PH Parlimen Kubang Kerian, iaitu Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah pula mahu kempen secara bersih dan bebas rasuah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15