Kempen Fatin Zulaikha ditemani ‘sifu’

in Politik by

Fatin ZulaikhaAndrew berbincang sesuatu dengan Fatin Zulaikha.Andrew

MERSING – Calon kerusi Parlimen Mersing, Fatin Zulaikha Zaidi (PH-DAP) mengakui cukup bertuah apabila bekas pensyarahnya dari Pulau Pinang, Dr Andrew Aeria, 61, sanggup datang ke Mersing untuk membantunya berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut bekas penuntut Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam jurusan Kajian Politik dan Pemerintahan itu, kehadiran pensyarahnya itu nyata membuatkannya lebih bersemangat bagi mengharungi PRU kali ini.3

**media[1973818]**

“Saya rasa cukup bertuah kerana pensyarah saya kini berada di sini dan membantu saya berkempen pada PRU15.

“Pada mulanya, dia hanya singgah tetapi memutuskan untuk berada di sini (Mersing) sehingga selesai proses pengundian nanti.

“Apapun saya memang gembira dia ada di sini bagi membantu saya dari segi (menyediakan) manifesto dan sebagainya,” katanya pada Isnin.

Pada Isnin, tular foto di Instagram mengenai program turun padang calon berusia 29 tahun itu menemui pengundi di sekitar Mersing dengan ditemani bekas pensyarahnya.

Sementara itu, Andrew mengakui berbangga dengan pencapaian bekas anak didiknya itu bertanding di peringkat Parlimen setelah ada bekas anak didiknya yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

**media[1973820]**

Katanya, dia akan cuba membantu Fatin Zulaikha berkempen di sepanjang PRU kali ini.

“Saya memang bangga dengan pencapaian bekas pelajar saya. Sebelum ini memang saya menggalakkan mereka ceburi politik untuk membuat perubahan.

“Tak kiralah parti mana mereka sertai asalkan prinsip-prinsipnya betul, ikhlas selain sentiasa melaksanakan tugas dengan tanggungjawab,” katanya.