FSG sedia jual Liverpool

in Sukan by

FSG umum Liverpool untuk dijual.

PEMILIK Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) membuat kejutan apabila mengisytiharkan kelab Merseyside itu akan dijual dan bersedia menerima tawaran daripada mana-mana pihak atau individu yang berminat.

Dalam satu kenyataan, FSG berkata, pihaknya telah menerima tawaran daripada pelbagai pihak yang berminat untuk menjadi pemilik baru kelab tersebut.

Menurut FSG, pihaknya berharap nilai jualan Liverpool dapat menyamai nilai jualan Chelsea sebanyak £4.25 bilion (RM23.35 bilion) semasa ia dibeli oleh konsortium diketuai Todd Boehly pada musim panas lepas.

FSG menerima banyak permohonan daripada pihak ketiga yang berminat menjadi pemegang saham Liverpool.

“FSG telah beberapa kali menekankan jika itu berlaku mengikut terma dan syarat yang bersesuaian serta menjaga kepentingan Liverpool, maka ia boleh dipertimbangkan,” katanya.

Untuk rekod FSG menjadi pemilik Liverpool sejak Oktober 2010 selepas mengambil alih kelab daripada Tom Hicks dan George Gillett.

Di bawah pengurusan FSG, Reds menikmati banyak kejayaan termasuk menjulang EPL pada musim 2019/2020 dan Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019.