Zuckerberg mulakan pemberhentian pekerja Meta

in Global by

Mark Zuckerberg – Foto AFP

MENLO PARK – Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg akan memulakan pemberhentian pekerja di syarikat induk rangkaian sosial itu, Meta mulai Rabu, menurut laporan.

Beliau memberitahu para eksekutif dalam mesyuarat pada Selasa bahawa pemotongan meluas akan diumumkan dengan pasukan bahagian pekerja dan perniagaan akan menghadapi kesannya.

Pekerja-pekerja dijangka dimaklumkan mengenai pemberhentian pekerja menerusi emel pada Rabu mengikut waktu Amerika Syarikat (AS).

Pengurangan pekerja di syarikat itu berkemungkinan berjumlah ribuan kakitangan.

Ia telah mengalami kerugian besar dalam nilai pasaran dan penurunan hasil dengan saham turun sebanyak 70 peratus.

Ramai daripada jurutera baharu yang dibawa bekerja di bahagian teknologi metaverse yang kontroversi sejak dua tahun lalu dijangka berada dalam senarai pemberhentian, menurut sumber kepada Business Insider.

Zuckerberg, 38, berkata, beliau bertanggungjawab di atas kesilapan yang dibuat oleh Meta.

Beliau juga berkata, syarikat itu mempunyai lebihan kakitangan kerana terlalu optimistik tentang pertumbuhannya.

Pekerja yang diberhentikan akan diberi sekurang-kurangnya empat bulan gaji, menurut sumber kepada Wall Street Journal. – Agensi