Rapid Rail jalani satu lagi ujian libat LRT terjejas esok

in Nasional by

Ka Siong ketika sidang media di Kompleks Rapid Rail, Petaling Jaya pada Jumaat.

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn Bhd akan menjalankan satu lagi ujian terhadap Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen yang terjejas pada Sabtu sebelum diputuskan ia selamat digunakan kembali atau sebaliknya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ujian tersebut akan melibatkan 24 tren dan 37 stesen dari sekitar Gombak ke Putra Height.

“Kalau ia berjaya, satu pengumuman akan dikeluarkan pada jam 6 petang esok (Sabtu) kepada orang ramai,” katanya dalam satu sidang media Kompleks Rapid Rail di sini.

AKAN MENYUSUL