Banjir: 29 mangsa, dua PPS dibuka di Melaka

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Alor Gajah membantu memindahkan mangsa banjir dalam daerah Alor Gajah.

ALOR GAJAH – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini telah diaktifkan bagi menempatkan seramai 29 mangsa banjir susulan hujan lebat sejak petang Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kamarulsyah Muslim berkata, PPS Balai Raya Kampung Gadek diaktifkan pada jam 11.44 malam manakala PPS Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal dibuka pada jam 1 pagi.

Menurutnya, setakat ini seramai 29 mangsa daripada 12 keluarga telah dibawa ke PPS itu termasuk 18 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Bukit Balai dan selebihnya di PPS Balai Raya Gadek.

“Hujan lebat sejak jam 5.30 petang mengakibatkan paras air sungai naik dan seterusnya melimpah di kawasan penempatan penduduk yang rendah.

“Lima kampung yang terjejas termasuk Kampung Kuala Sungga Tebong, Kampung Orang Asli Hutan Percha, Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, mangsa banjir yang terkesan membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Machap Jaya, DUN Gadek dan DUN Durian Tunggal, namun mangsa di Kampung Kuala Sungga Tebong tidak dipindahkan ke PPS kerana air telah surut.

“Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di kawasan daerah masing-masing akan terus membuat pemantauan terutama penduduk di kawasan rendah bagi,” katanya.