PRU15: Bukan laluan mudah buat BN – Annuar Musa

in Politik by

Annuar beramah mesra dengan penyokong BN di Kampung Pulau Bahagia, di sini, pada Jumaat malam.
KUALA TERENGGANU – Tanggapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini mudah, itu adalah satu kesilapan.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, cabaran yang perlu dihadapi BN sangat besar.

“Secara jujurnya kalau rakan-rakan dalam BN merasakan ini satu PRU yang mudah, saya rasa kita silap. PRU kali ini kita berdepan dengan banyak faktor yang tidak ada sebelum ini.

“Pertamanya kita menghadapi jumlah pengundi muda yang cukup ramai apabila ada undi daripada mereka berusia 18 tahun. Kedua, kita melalui episod pertukaran tiga kerajaan yang menyebabkan rakyat akan membuat penilaian kepada ketiga-tiga berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu penyokong BN di Kampung Pulau Bahagia pada Jumaat malam.

Annuar berkata, masalah-masalah dalaman yang ada dalam UMNO sendiri juga perlu diuruskan dengan baik.

“Jadi saya merasakan PRU ini sangat mencabar dan bukan satu laluan yang mudah. Jentera UMNO terutama di ibu pejabat perlu melipatgandakan usaha,” jelas Annuar yang juga penyandang Ahli Parlimen Ketereh.

Usah ada perasaan ‘over confident’ kerana tentangan yang diberi oleh parti-parti lain agak sengit.

“Sengit itu bergantung kepada kawasan, lain kawasan lain sengitnya tetapi yang pasti parti BN, PN dan PH kelihatan memberi tentangan yang sengit dikebanyakan tempat dan pengundi akan berpecah,” katanya.