PRU15: Noor Azleen fokus isu pekerjaan, hospital pakar

in Politik by

Noor Azleen mendekati dan bertanya khabar golongan peniaga.Noor Azleen ketika berkempen mendekati pelbagai lapisan masyarakat di Parlimen Pasir Gudang.NOOR AZLEENNoor Azleen menyasarkan isu pekerjaan dan mewujudkan sebuah hospital pakar kanak-kanak di Parlimen Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Peluang pekerjaan berteraskan teknologi dan pengetahuan serta hospital pakar kanak-kanak merupakan fokus calon BN di Parlimen Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros, 37, sekiranya dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Exco Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, isu pekerjaan antara yang mendapat perhatian memandangkan Pasir Gudang merupakan antara pusat industri yang terbesar di Malaysia dan menjadi penyumbang utama ekonomi negeri.

Lulusan University Of Warwick, United Kingdom dalam bidang kejuruteraan mekanikal, ini menjelaskan limpahan ekonomi tersebut sepatutnya dimanfaatkan golongan anak muda untuk memperoleh pendapatan lebih baik dan bukannya merantau ke negara jiran Singapura.

**media[1980182]**

“Sebagai anak muda, saya berpandangan sektor industri perlu mempunyai daya tarikan berteraskan kepada teknologi dan pengetahuan kepada anak muda khususnya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran. Pasir Gudang perlu menjadi perintis, dengan pelaburan berintensifkan teknologi perlu diteroka.

“Menerusi insentif teknologi, ia dapat menerapkan teras pengetahuan sekali gus menarik minat orang muda tempatan. Secara tidak langsung juga, kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan,” katanya.

Noor Azleen turut melihat sebuah hospital pakar bagi kanak-kanak berkeperluan khas perlu diwujudkan di negeri ini, dengan cadangan Hospital Pasir Gudang yang kini dalam pembinaan boleh dijadikan perintis kepada usaha tersebut.

“Hospital Pasir Gudang yang kini mencapai 30 peratus pembinaan. Bagi saya, pandangan lebih luas perlu dilihat kepada hospital ini untuk dibangunkan sebagai sebuah hospital yang memiliki kepakaran kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

**media[1980183]**

“Antaranya, Autism Spectrum Disorder (ASD), Attention Disorder, masalah pertuturan serta masalah pembelajaran. Saya yakin, ia bukan sahaja membantu golongan ibu bapa tetapi juga melonjakkan nama Pasir Gudang sebagai pusat pakar kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, Pasir Gudang yang mempunyai 198,557 pengundi dan jumlah tersebut merupakan yang ketiga tertinggi di Johor selain memiliki masyarakat campuran termasuk ramai yang menetap di sini datang dari negeri lain.

Jelasnya, terdapat 48 peratus pengundi Melayu dan bumiputera selain 36 peratus pengundi Cina serta 10 peratus pengundi India.

**media[1980180]**

“Walaupun Pasir Gudang diwakili Pakatan Harapan (PH) pada PRU14, saya tetap turun padang mendekati masyarakat Pasir Gudang. Pasir Gudang juga sinonim dengan nama besar bekas Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO.

“Sebagai calon muda dan muka baharu BN di Pasir Gudang, sudah tentu saya mahu BN kembali di Pasir Gudang. Menerusi fokus yang prorakyat dan inklusif yang dibawa, saya yakin dapat menarik pengundi terutama orang muda yang kini mendominasi Pasir Gudang,” katanya.