PRU15: Penduduk Long Pasia harap jalan raya sempurna

in Berita Semasa by

BERITA SEMASA 12 NOVEMBER 2022

Lebih 2,000 penduduk di beberapa kampung membabitkan kawasan Long Pasia, Sipitang, Sabah amat dahagakan kemudahan infrastruktur terutama akses jalan raya yang sempurna di sepanjang laluan sejauh lebih 130 kilometer dari Pekan Sipitang.

Jalan tersebut hanya boleh dilalui menggunakan pacuan empat roda dan memakan masa sehingga tujuh jam perjalanan.

Penduduk kampung juga terpaksa meredah laluan mencabar iaitu tanah merah, lumpur serta berbatu selain terpaksa merentas Sungai Maligan dan beberapa anak sungai untuk ke Pekan Sipitang.

Artikel: https://bit.ly/3E5wt0S

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa