Tebatan banjir: MOF serah proses perundangan kenyataan Rafizi

in Nasional by

Tengku Zafrul

KUALA SELANGOR – Kementerian Kewangan menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan berhubung kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengenai isu kelulusan projek rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion secara rundingan terus selepas pembubaran Parlimen.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu biarlah ditentukan oleh pihak mahkamah.

“Saya difahamkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat tindakan undang undang.

“Proses perundangan sedang bermula dan saya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Selangor pada Sabtu.

Sebelum ini, Rafizi mengemukakan beberapa dakwaan yang perlu dijawab Tuan Ibrahim berhubung kelulusan projek tebatan banjir dibuat selepas pembubaran Parlimen.

Khamis lalu, Tuan Ibrahim dilaporkan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan berkaitan rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Mengikut laporan yang disiarkan portal rasmi Pas, surat tuntutan berkenaan telah diserahkan kepada Rafizi melalui firma guaman Yusfarizal Aziz & Zaid.

Berdasarkan surat tuntutan itu, Rafizi diminta untuk mengeluarkan satu draf permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat itu dikeluarkan