Kelantan catat 1,365 mangsa banjir

in Edisi by

Banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan apabila 1,365 mangsa dipindahkan pada Ahad. – Foto ihsan APMAnggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat tinjauan banjir di Kampung Kubang Pak Hitam, Pasir Mas. – Foto ihsan APM

KOTA BHARU – Banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan apabila 1,365 mangsa dipindahkan pada Ahad.

Ia melibatkan 453 keluarga dari jajahan Pasir Mas dan Rantau Panjang yang di tempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh menempatkan seramai 668 mangsa, SK Kubang Kual (146), PPS Putat Tujoh (95), SK Sri Kiambang (169), Masjid Mukim Padang Licin (32) dan SK Gual Periok (255).

Banjir kali ini mencatatkan seramai 444 mangsa lelaki dewasa, 453 perempuan dewasa, warga emas lelaki (33), warga emas perempuan (35), kanak-kanak lelaki (224) dan kanak-kanak perempuan (192).

**media[1981669]**

Terdapat seramai 25 bayi lelaki dan 27 bayi perempuan serta empat orang kurang upaya (OKU) lelaki dan seorang OKU perempuan.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, setakat jam 7.45 pagi Ahad, air Sungai Golok berada pada paras bahaya iaitu 9.90 meter.

“Bagaimanapun hasil tinjauan kami mendapati ia berada dalam keadaan trend menurun.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan dan bersedia berpindah jika perlu berbuat demikian,” katanya.