Qatar 2022: Arab Saudi pertaruh aura Salman Al-Faraj

in Sukan by

Salman Al-Faraj – Foto AFP

PENGENDALI Arab Saudi, Herve Renard berharap kapten The Green Falcons, Salman Al-Faraj dapat kembali pulih menjelang perlawanan pertama Kumpulan C pada 22 November ini.

Renard menamakan pemain tengah kelab sensasi Al-Hilal itu dalam skuad 26 pemainnya untuk Piala Dunia, walaupun mengalami kecederaan bahu dalam aksi persahabatan pada Ahad.

Sebelum ini, Salman Al-Faraj telah dikeluarkan pada separuh masa ketika Arab Saudi menang 1-0 ke atas Iceland.

Namun Renard optimis pemain berusia 33 tahun tersebut akan kembali pada prestasi terbaik dan cergas sebelum kejohanan di Qatar.

“Kami sebenarnya bimbang mengenai status Salman sama seperti para penyokong Saudi lain apabila dia jatuh dan tidak dapat meneruskan permainan.

“Dia mengakui terasa sesuatu di bahu, ada rasa sakit tetapi ia akan kembali sembuh dalam beberapa hari,” kata pengendali dari Perancis itu.

Di Qatar 2022, Renard menggunakan penjaga gol dari kelab Al-Hilal dan Al-Nassr seperti sebelum ini.

Namun pengambilan penjaga gol – Mohamed Al-Owais dan Nawaf Al-Aqidi mencipta kelainan yang merupakan bukan pilihan utama Al-Hilal dan Al-Nassr.

Penjaga gol ketiga The Green Falcons, Mohamed Al-Yami yang merupakan pemain kelab Divisyen Dua, Al-Ahly. Untuk rekod, Arab Saudi diundi dalam Kumpulan C di Qatar 2022 bersama Argentina, Mexico dan Poland.

SKUAD PIALA DUNIA QATAR 2022 ARAB SAUDI

Penjaga gol: Mohamed Al-Owais (Al-Hilal), Nawaf Al-Aqidi (Al-Nassr), Mohamed Al-Yami (Al-Ahly)

Pertahanan: Yasser Al-Shahrani (Al-Hilal), Ali Al-Bulaihi (Al-Hilal), Abdulelah Al-Amri (Al-Nassr), Abdullah Madu (Al-Nassr), Hassan Tambakti (Al-Shabab), Sultan Al-Ghanam (Al-Nassr), Mohammed Al-Breik (Al-Hilal), Saud Abdulhamid (Al-Hilal)

Pemain Tengah: Salman Al-Faraj (Al-Hilal), Riyadh Sharahili (Abha), Ali Al-Hassan (Al-Nassr), Mohamed Kanno (Al-Hilal), Abdulelah Al-Malki (Al-Hilal), Sami Al-Najei (Al-Nassr), Abdullah Otayf (Al-Hilal), Nasser Al-Dawsari (Al-Hilal), Abdulrahman Al-Aboud (Ittihad), Salem Al-Dawsari (Al-Hilal), Hattan Bahebri (Al-Shabab)

Penyerang: Fahad Al-Muwallad (Al-Shabab), Haitham Asiri (Al-Ahly), Saleh Al-Shehri (Al-Hilal) Firas Al-Buraikan (Al-Fateh)