Banjir di Kelantan, 1,969 mangsa dipindahkan

in Edisi by

Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat apabila seramai 1,969 mangsa telah dipindahkan ke lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Isnin. – Foto ihsan APM

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat apabila seramai 1,969 mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,365 mangsa pada Ahad.

Menurut aplikasi infobencanajkm, dua kawasan yang terlibat ialah Rantau Panjang dan Pasir Mas.

Setakat jam 10 pagi, Rantau Panjang menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,944 mangsa di tujuh PPS.

Sementara itu, di Pasir Mas hanya satu sahaja PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Tanjong yang menempatkan 25 mangsa.

Dalam perkembangan lain, air Sungai Golok masih berada pada paras bahaya iaitu 9.51 meter pada jam 10 pagi.