Covid-19: 2,234 kes baharu, dua kematian direkod

in Koronavirus by

2,234 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,234 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,548 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 29,605 kes dengan 27,666 atau 93.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,848 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital.

Sebanyak 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 57 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Ahad ialah 3,836 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,882,664 kes.