Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis AFF

in Sukan by

Hamidin (dua dari kiri) disahkan sebagai Ahli Majlis AFF di Kemboja pada Isnin. -Foto FB FAM.

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin disahkan sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) untuk penggal 2022 – 2026 dalam Kongres Biasa AFF ke-29 di Siem Reap, Kemboja pada Isnin.

Empat lagi yang turut dipilih menjadi Ahli Majlis AFF ialah Chris Nikou (Australia), Viphet Sihachakr (Laos), Ko Ko Thein (Myanmar) dan Thanasak Suraprasert (Thailand).

Jawatan Presiden AFF pula menyaksikan penyandang, Mejar Jeneral Khiev Sameth menang tanpa bertanding untuk penggal kedua.

“Kami terus mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu ahli gabungannya menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara.

“Dengan pemilihan sebagai ahli majlis ini juga saya akan terus memastikan suara Malaysia sentiasa didengari di peringkat Asia Tenggara.

“Saya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi kerana apa yang paling utama buat saya ialah negara Malaysia,” ujar Hamidin sejurus tamat kongres.

Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.

Ahli Majlis AFF Penggal 2022 – 2026

Presiden

Mejar Jeneral Khiev Sameth (Kemboja)

Naib Presiden

Pengiran Matusin Pengiran Matasan (Brunei)

Maaike Ira Puspita (Indonesia)

Hon. Francisco Martins da Costa Pereira Jeronimo (Timor Leste)

Ahli Majlis

Chris Nikou (Australia)

Viphet Sihachakr (Laos)

Datuk Hamidin Mohd Amin (Malaysia)

Ko Ko Thein (Myanmar)

Thanasak Suraprasert (Thailand)

Ahli Majlis Wanita

Teo Chwee Lian Julie (Singapura)