163 mangsa banjir di Selangor masih ditempatkan di tiga PPS

in Edisi by

Seramai 163 mangsa banjir daripada 46 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor pada Selasa. Gambar kecil: Norazam

KUALA SELANGOR – Seramai 163 mangsa banjir daripada 46 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 93 mangsa ditempatkan di di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, 58 mangsa di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan 12 mangsa di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor telah memindahkan tiga mangsa banjir ke PPS SMK Jeram pada jam 6.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Norazam berkata, pihaknya turut terlibat dalam pemantauan harian Operasi Banjir di Selangor.

“Antara lokasi pemantauan adalah di Kampung Seri Tiram Jaya, Jalan Masjid Baroh melibatkan BBP Tanjong Karang, manakala Kampung Rantau Panjang (BBP Bestari Jaya),” katanya.

Beliau berkata, pemantauan di Klang pula adalah di Jalan Meru Tambahan, Jalan Paip, Taman Daya Meru, Persiaran Hamzah Alang dan Jalan Cempaka melibatkan BBP Kapar.

“BBP Andalas pula membuat pemantauan di Kampung Jawa, Jalan Kebun, Taman Sentosa dan Kampung Johan Setia,” ujarnya.