Anggota, pegawai tentera mula mengundi

in Nasional by

Anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) Kem Lok Kawi berbaris menunggu giliran untuk mengundi awal di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi. -Foto BernamaAbdul Rahman mendahului proses mengundi di pusat pengundian awal di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi, di Putatan.

PUTATAN – Pusat pengundian awal bagi pegawai dan anggota tentera darat di Kem Lok Kawi bertempat di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kem Lok Kawi, di sini, dibuka bermula jam 8 pagi Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba seawal jam 6.30 pagi dengan membawa peti undi ke pusat pengundian awal berkenaan.

Setakat ini, proses pengundian berjalan dengan lancar di mana Panglima 5 Divisyen Datuk Abdul Rahman A Wahab individu pertama membuang undi sebelum disusuli pegawai dan anggota lain.

**media[1984322]**

Terdapat lima saluran pengundian telah dibuka bagi memastikan kelancaran proses pengundian di Kem Lok Kawi.

Sebelum itu, Kem Lok Kawi berada di bawah Parlimen Putatan yang menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Awang Husaini Sahari dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Shahelmey Yahya (BN), Poyne Tudus @ Patrick Payne (Pejuang) dan Ahmad Mohd Said (Warisan).