KK Super Mart kumpul 132 beg darah

in Edisi by

Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan PDN dan kakitangan Kumpulan Syarikat KK semasa menyampaikan jumlah beg darah yang berjaya dikumpul pada Kempen Derma Darah di Bangunan Maju Link di sini pada Khamis lalu.Sebahagian individu yang menderma darah semasa Kempen Derma Darah di Bangunan Maju Link di sini pada Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – KK Super Mart dan Superstore Sdn Bhd mengumpul 132 beg darah melalui Kempen Derma Darah di Bangunan Maju Link di sini pada Khamis lalu.

KK Super Mart dalam kenyataannya memaklumkan, usaha dan kejayaan mengumpul serta menampung keperluan darah itu hasil usaha sama dengan pihak Pengurusan Maju Link, Kelab Rela Kehormat dan Bersekutu Wilayah Persekutuan, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Kelab Lions Kuala Lumpur Taman Tun.

Kenyataan itu memberitahu, lebih 200 individu terdiri dalam kalangan kakitangan syarikat, persatuan dan orang awam hadir mendaftar sebagai penderma dalam kempen itu.

“Dalam giat meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kempen Derma Darah ini turut mencapai objektif dalam mewujudkan suasana muhibah dalam kalangan komuniti.

“Kempen yang mendapat kerjasama baik daripada Pusat Darah Negara (PDN) ini juga berjaya memperlihatkan suasana harmoni penglibatan dari entiti berbeza dan berlainan bangsa,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

**media[1985084]**

Menurut kenyataan itu, KK Super Mart berusaha mewujudkan aura dan perspektif positif dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bersama komuniti.

“Dari sudut kesihatan pula, banyak manfaat kepada penderma seperti membantu meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen jauh lebih baik berbanding sel darah lama.

“Antara kebaikannya adalah mampu mengurangkan risiko sakit jantung serta turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi dalam badan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, aktiviti menderma darah secara berkala juga perlu menjadi budaya dalam kalangan masyarakat kerana ia bukan sahaja membantu menampung keperluan bekalan darah negara malah berupaya menyelamatkan nyawa pesakit dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan komuniti.

“Dianggarkan kira-kira 2,000 pek darah diperlukan untuk rawatan perubatan di seluruh negara setiap hari.

“Walaupun bekalan darah dilihat mencukupi, namun keperluan darah diperlukan secara berterusan dan konsisten,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, orang ramai diharap dapat terus menyokong KK Super Mart sambil berbelanja di mana-mana 648 cawangannya di seluruh negara.

“Pastikan anda turut mengikuti perkembangan semasa kami di media sosial kerana pelbagai aktiviti dan berita menarik menanti anda seperti peraduan, aktiviti CSR, promosi terkini, produk dan pembukaan cawangan terbaharu di kawasan anda,” jelas kenyataan itu.