Nafuzi tolak sambung kontrak TFC

in Berita Semasa by

BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022

Terengganu FC bakal menerima khidmat ketua jurulatih baharu bagi mengetuai cabaran dalam Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan susulan penolakan lanjutan kontrak oleh Mohd Nafuzi Zain menerusi surat yang diserahkan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata, pihak pengurusan serta jawatankuasa teknikal pasukan akan meneliti calon dari dalam dan luar negara yang telah menyatakan minat mengisi jawatan tersebut.

Ab. Rasid berkata, pihaknya merakam penghargaan atas khidmat Nafuzi yang menunjukkan hasil positif sejak bersama skuad Piala Presiden T-Team pada 2016.

Jelas beliau, ketua jurulatih baharu yang bakal dilantik tidak lama lagi perlu meneruskan kesinambungan yang dilakukan Nafuzi sejak tujuh tahun lalu.

Artikel: https://bit.ly/3Gf5wdZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa