PRU15: Bukan Islam nikmati perpaduan di bawah pentadbiran Pas

in Politik by

Abdul Hadi

PORT DICKSON – Perpaduan dan kestabilan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang dinikmati terutama di negeri yang berada di bawah pentadbiran Pas ketika ini, membuktikan parti itu tidak mengabaikan kaum lain.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, justeru masyarakat bukan Islam seharusnya tidak berasa takut sekiranya negara pada masa akan datang terus ditadbir oleh pemimpin Islam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, ini kerana Islam seperti yang dibawa Pas mengajar adab supaya menyantuni dan menjaga hubungan kemanusiaan bagi mengelak pelbagai permasalahan timbul.

“Negeri yang kita perintah, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak ada salah laku masa PN memerintah. Kestabilan dan perpaduan juga wujud dengan baik, ini nyata, keluarga Cina dan India boleh hidup di kampung orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena siri jelajahnya ke Negeri Sembilan yang turut dihadiri Penasihat PN negeri, Tan Sri Dr Rais Yatim di sini, malam Isnin. – Bernama