Empat iltizam PM untuk Malaysia

in Politik by

Ismail Sabri – Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyenaraikan empat iltizam beliau untuk Malaysia sekiranya diberi peluang meneruskan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, iltizam pertama adalah menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan kebajikan Keluarga Malaysia, manakala kedua, menyuburkan kemakmuran ekonomi serta pembangunan negara.

Yang ketiga menurut Ismail Sabri adalah memelihara kesucian agama Islam tanpa meminggirkan agama lain selaras Perlembagaan Persekutuan serta keempat, memperkasa integriti tadbir urus negara.

“Inilah iltizam saya untuk Malaysia, demi kestabilan dan kemakmuran masa depan tanah air kita. Saya, Ismail Sabri Yaakob dengan rendah diri, memohon kepada semua pengundi untuk memberi kepercayaan kepada saya dan Barisan Nasional (BN), menerajui negara bagi penggal akan datang.

“Semoga Allah SWT terus merahmati serta memelihara negara dan Keluarga Malaysia. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu kami berserah. Undilah Barisan Nasional. Terima Kasih Keluarga Malaysia!” katanya dalam kenyataan Amanat PRU beliau hari ini.

AKAN MENYUSUL