Lelaki didenda RM4,500 khianat bendera parti

in Video by

BERITA SEMASA 17 NOVEMBER 2022

Seorang pendawai didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majisret di Alor Setar di Kedah pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat pada bendera parti politik ketika PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Tertuduh, Burhanuddin Hussain,41, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Zul Himi Latif.

Mengikut kertas pertuduhan, Burhanuddin didakwa melakukan khianat dengan mencantas lebih kurang 50 bendera parti hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM1,600.

Artikel: https://bit.ly/3tEEsNQ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15