Nelayan diserang strok ketika tangkap ikan

in Edisi by

Mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Bukit Malut, Langkawi sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk pemeriksaan lanjut. Foto Maritim MalaysiaBantuan Medevac bersama petugas kesihatan Hospital Sultanah Maliha dihantar bagi merawat dan melakukan pemeriksaan awal kepada mangsa. Foto Maritim Malaysia

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis membantu seorang nelayan tempatan yang diserang strok di perairan Pulau Rebak, dekat sini pada pukul 4.30 petang, pada Khamis.

Agensi tersebut dalam satu kenyataan berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah melaksanakan bantuan evakuasi perubatan (Medevac) selepas menerima satu panggilan kecemasan.

Menurutnya, kru bot nelayan tempatan terbabit memaklumkan salah seorang daripada mereka iaitu Rosli Nordin, 50, mengalami strok semasa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

**media[1989447]**

“Sebaik menerima maklumat berkenaan, bot Petir 81 milik Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi utk bantuan Medevac bersama petugas kesihatan daripada Hospital Sultanah Maliha Langkawi bagi merawat dan melakukan pemeriksaan awal kepada mangsa,” katanya pada Jumaat.

Selepas pemeriksaan awal dilakukan, mangsa kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Bukit Malut, sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, untuk pemeriksaan lanjut.

“Maritim Malaysia komited dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti maritim setempat serta megalu-alukan untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis 04-9662750 atau MERS 999,” katanya lagi.