20 pengundi terpaksa naik bot ke pusat pengundian

in Edisi by

Seramai 20 daripada lima keluarga daripada Kampung Tasik Mentiga, Chini yang terputus hubungan akibat kawasan mereka dinaiki air telah dibawa ke pusat pembuangan undi di SK Mambang. – Foto ihsan APM Pahang

PEKAN – Seramai 20 daripada lima keluarga dari Kampung Tasik Mentiga, Chini yang terputus hubungan selepas kawasan mereka dinaiki air dibawa ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang di sini.

Pemangku Pegawai Pertahanan Awam (PA) dearah Pekan, Leftenan PA Aznor Hafizi Ahmad berkata, kesemua pengundi dibawa jam 7.30 pagi sehingga 1 petang pada Sabtu.

Kita berjaya menjalankan penugasan memindahkan pengundi dari kawasan yang terputus hubungan ke pusat pengundian sehingga selesai,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memaklumkan, seramai dua pegawai dan 10 anggota terlibat dalam operasi berkenaan yang turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Chini serta pihak polis.

Jelasnya, lima bot fiber digunakan dalam operasi terbabit.

“Kita berjaya membawa pengundi menjalankan tanggungjawab mereka dengan kerjasama semua pihak,” ujarnya.