PRU15: Kimanis kekal milik BN, Ronald pertahan Beluran

in Politik by

Mohamad Alamin

KOTA KINABALU – [DIKEMAS KINI] Datuk Mohamad Alamin daripada BN mengekalkan kerusinya di Parlimen Kimanis dengan undi sebanyak 13,004 undi.

Beliau berjaya memperoleh majoriti sebanyak 3,037 sekali gus menewaskan calon Parti Warisan (Warisan), Daud Yusof denganundi sebanyak 9,967 dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Amat Md Yusof dengan sebanyak 4,013 undi.

Calon Parti Pejuang Tanah Air, Yusop Osman telah hilang deposit dengan jumlah undian sebanyak 153 undi.

Seramai 40,763 pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis dengan jumlah undi sebanyak 31,068 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 76.22 peratus.

Ronald kekal pertahan Parlimen Beluran

Sementara itu, satu-satunya calon Perikatan Nasional (PN) di Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Beluran dengan majoriti 1594 undi.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu memperoleh 11,303 undi dan meninggalkan pesaing terdekat Benedict Asmat mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 9,709 undi.

Calon lain Felix Joseph Salang dari Pakatan Harapan (PH) tewas dengan 4,460 undi dan calon Warisan, Rowiena Rasid dengan 3707 undi manakala calon Pejuang, Hausing Samsudin @ Sudin hanya memperoleh 155 undi sekali gus hilang wang deposit.

Pada PRU14, Ronald menang kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 7,115 undi.