PRU15: Walaupun hujan, pengundi Tampoi tetap turun undi

in Video by

BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022

Biarpun hujan sejak awal pagi, namun ia bukan halangan bagi pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU15.

Tinjauan Sinar Harian di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Agama Dato Omar Yusof, Tampoi mendapati orang ramai mula hadir ke pusat berkenaan sejak 7.30 pagi.

Sementara itu calon P161 Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-UMNO), tiba ke pusat pengundian berkenaan pada 8.15 pagi dan selesai membuang undi pada 8.35 pagi.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15